BANGKOK – Seorang pelajar di Thailand rosak buah pinggang selepas dipaksa melakukan 200 duduk-bangun (squat) oleh seorang guru hanya kerana lewat menghantar kerja sekolah, lapor portal berita Must Share News.
Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook 12 Jun lalu.
Pelajar terbabit mengadu kakinya sakit selama tiga hingga empat hari selepas dihukum melakukan 200 squat tanpa henti.
Dia dihantar ke hospital selepas mangsa mendapati air kencingnya bertukar warna hitam.
Doktor mengesahkan bahawa pelajar terbabit mengalami rhabdomyolysis di mana tisu otot koyak atau pecah akibat senaman melampau dan berlebihan.
Meskipun tidak terlalu teruk, dia kini berada di bawah pemantauan doktor untuk menentukan sama ada dialisis diperlukan.
Guru yang terlibat telah digantung tugas sementara pihak berkuasa menjalankan siasatan, demikian menurut portal berita Thai Daily News. – AGENSI