fbpx
HUN Manet bercakap semasa wawancara bersama AFP di Brussels pada 25 Februari lalu. – AFP

Kemboja bawa tuntutan maritim terhadap Thailand ke mahkamah PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PHNOM PENH – Kemboja memulakan proses undang-undang yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) terhadap jirannya, Thailand berhubung tuntutan maritim bertindih di Teluk Thailand(Teluk Siam).

Dua negara Asia Tenggara itu terlibat dalam pertikaian  wilayah maritim dan sempadan darat sepanjang 800 kilometer selama berdekad-dekad, legasi era kolonial Perancis.

Phnom Penh dan Bangkok memeterai perjanjian gencatan senjata pada Disember 2025  selepas dua pusingan pertempuran berdarah, namun berulang kali menuduh satu sama lain sebagai melanggar gencatan senjata tersebut.

Langkah Kemboja untuk memulakan proses pengantaraan di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) itu menyusul selepas Thailand pada bulan lalu membatalkan perjanjian dua hala 2001 mengenai tuntutan maritim bertindih dan penerokaan tenaga.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul berkata, Bangkok membatalkan memorandum persefahaman dikenali sebagai MoU 44 itu  disebabkan kebuntuan yang berlarutan dalam melaksanakannya.

Perdana Menteri Kemboja,  Hun Manet pula berkata hari ini bahawa kerajaannya telah menyerahkan notis rasmi kepada Thailand dan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres untuk ‘memulakan prosiding perdamaian wajib’ di bawah UNCLOS.

“Kami mengambil langkah ini untuk melindungi kedaulatan dan hak maritim Kemboja selaras dengan undang-undang antarabangsa.

“Kedua-dua Kemboja dan Thailand akan mendapat manfaat daripada penyelesaian adil dan berkekalan yang dipersetujui dengan bimbingan pakar-pakai  pendamai antarabangsa,” kata Hun Manet

Kedua-dua buah negara menandatangani konvensyen PBB tersebut.

Dalam pada itu, kementerian tenaga Thai menganggarkan pendapatan masa depan daripada sumber minyak dan gas asli di kawasan tuntutan tertindih itu bernilai sekitar AS$300 bilion (RM1.18 trilion). – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN