fbpx

Yamal dikritik pakai topi ke belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yamal memakai topi dengan cara ke belakang dalam sidang akhbar pada 6 Jun lalu. - UEFA

MADRID – Bintang Barcelona, Lamine Yamal menerima kritikan orang ramai kerana memakai topi dengan cara ke belakang dalam satu sidang akhbar, lapor portal berita VNExpress kelmarin. 

Kontroversi itu tercetus selepas Yamal membuat penampilan di rancangan televisyen El Chiringuito sebelum perlawanan separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) menentang Perancis.

Bekas pemain Real Madrid, Jose Maria Gutierrez Hernandez atau lebih dikenali sebagai Guti, menyuarakan rasa tidak setuju  atas tindakan Yamal yang memakai topi dengan cara ke belakang. 

“Saya tidak tahu sama ada ini kali pertama saya melihat seseorang memakai topi ke belakang pada sidang akhbar. 

“Saya tidak suka melihatnya. Dia (Yamal) mewakili pasukan kebangsaan. Jika dia berada di Ibiza atau di mana-mana, tidak mengapa tetapi bukan pada sidang akhbar mewakili Sepanyol,” 

Meskipun dikritik, persembahan pemain bola sepak berusia 17 tahun itu dilihat semakin cemerlang. 

Yamal telah menjaringkan 24 gol selain membantu Sepanyol memenangi Euro 2024. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI