fbpx
ORANG ramai memasuki pusat mengundi pada PRN Johor ke-16 di SK Taman Rinting 1, Taman Rinting Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

PRN Johor: 709,092 pengundi sudah keluar mengundi setakat 11 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 26.43 peratus atau 709,092 daripada 2,682,642 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat pukul 11 pagi hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, kadar itu mengatasi peratusan yang direkodkan pada tempoh sama semasa PRN Johor 2022 iaitu 21.33 peratus, bersamaan 549,225 daripada 2,574,835 pengundi.

Mengikut pecahan Dewan Undangan Negeri (DUN), Tanjung Surat merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi setakat ini iaitu 34.4 peratus, diikuti Rengit (33.6 peratus) dan Semarang (33.2 peratus).

Sebaliknya, Maharani mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi yang paling rendah iaitu 21.9 peratus, diikuti Bentayan (19.9 peratus) dan Penggaram (19.6 peratus).

Seramai 2,682,642 pengundi biasa layak mengundi hari ini di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memilih kerajaan negeri baharu.

SPR sebelum ini menyasarkan kadar keluar mengundi sekitar 70 peratus pada PRN Johor kali ini berdasarkan sambutan menggalakkan sepanjang tempoh berkempen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN