fbpx
Orang ramai beratur untuk mengundi pada PRN Johor ke 16 di SK Taman Rinting 1, Taman Rinting Johor Bahru disini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

PRN Johor: 7.97 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seramai 213,878 daripada 2,682,642 pengundi sudah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 hari ini.

Jumlah itu mewakili 7.97 peratus, lebih tinggi berbanding kadar keluar mengundi pada PRN Johor ke-15 pada 2022 iaitu 6.35 peratus.

Data dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu juga menunjukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N29 Mahkota mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi dengan 15.8 peratus, diikuti N39 Tanjung Surat (14.7 peratus) dan N35 Pasir Raja (13.6 peratus).

Tiga kawasan mencatatkan peratus keluar mengundi terendah selepas sejam pusat mengundi dibuka iaitu N12 Bentayan dan N13 Simpang Jeram, masing-masing pada 7.7 peratus, manakala N56 Kukup mencatatkan 7.6 peratus.

PRN Johor kali ini membabitkan 172 calon daripada lapan gabungan parti termasuk calon bebas yang bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Pilihan raya ini diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 pada 1 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN