fbpx
Tangkap layar memaparkan deretan kenderaan plat J menghala ke Johor, malam tadi.

‘Berderet kenderaan plat J pulang mengundi 4 pagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Deretan kenderaan dengan nombor pendaftaran bermula huruf J memenuhi lebuh raya menghala ke selatan apabila ramai anak perantauan Johor pulang bagi menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Menerusi sebuah perkongsian oleh pengguna Threads, @zul_zarieaf, dia memuat naik rakaman yang memaparkan aliran trafik dipenuhi kenderaan bernombor plat Johor.

“Pertama kali tengok banyak betul kenderaan nombor plat J menghala ke selatan. Selamat mengundi orang Johor sekalian,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @afiq.kamal92 berkata, aliran trafik di kawasan Tangkak menghala ke selatan sesak luar biasa seawal pagi.

“Semua memang rancang balik pukul 4 pagi ke? Ini terus ke sekolah nak mengundi. Jem nak balik Johor,” katanya.

Dalam hantaran lain, pengguna @jajazuber turut berkongsi pengalaman terperangkap dalam kesesakan trafik yang menurutnya lebih teruk berbanding musim perayaan.

“Orang Johor memang kental! Kali ini jem balik mengundi lagi teruk daripada jem balik raya. Melekat lepas Tol Sungai Besi sampai sebelum Tangkak. Nak patah segala tulang badan aku,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga Johor turut sama berkongsi pengalaman masing-masing yang sanggup bertolak lewat malam demi memastikan sempat tiba di pusat pengundian pada pagi ini.

“Nak jadi orang pertama sampai ke sekolah. Balik tidur, dekat-dekat umum keputusan baru bangun,” komen Niena.

“Moga bangsa J melaksanakan tanggungjawab dengan bijak, tenang dan tanpa emosi,” tulis Mahani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN