fbpx
AZEEM merangkul pingat emas selepas muncul juara acara 100m di Kejohanan Olahraga B-23 di Ordos kelmarin.

Azeem anggap baru permulaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GELARAN juara 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Asia Bawah 23 Tahun (B-23) di Ordos, China belum memuaskan hati pelari terpantas negara, Muhammad Azeem Fahmi yang menganggap kejayaan itu hanyalah permulaan kepada sasaran lebih besar yang ingin dicapainya.

Pelari berusia 22 tahun itu mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki meskipun berjaya menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dengan catatan 10.17 saat (s), sekali gus mengukuhkan keyakinannya menjelang cabaran di Sukan Asia Aichi-Nagoya, September depan.

“Alhamdulillah tetapi ini masih belum mencukupi. Semua akan tiba pada waktunya. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong,” katanya menerusi Instagram Story miliknya.

Pada perlumbaan akhir, Azeem yang juga pemenang gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 menepati ramalan apabila menewaskan wakil Iraq, Falah Hassan Al-Khazaali yang meraih perak, manakala gangsa menjadi milik pelari Qatar, Salah Nur Yunis.

Kejayaan tersebut hadir pada penampilan antarabangsa pertamanya selepas menamatkan pengajian di Universiti Auburn, Amerika Syarikat bulan lalu, sekali gus memberi petanda positif terhadap prestasi semasa jaguh pecut negara itu.

Lebih menggembirakan, Azeem terus mempamerkan aksi konsisten sejak kembali ke tanah air apabila terlebih dahulu mencatat 10.21s untuk muncul juara Kejohanan Terbuka Malaysia sebelum memperbaharui catatan itu kepada 10.15s pada saingan saringan di Ordos.

Meskipun tidak disertai dua pencabar utama Asia iaitu raja pecut Thailand, Puripol Boonson serta pelari Jepun, Hiroki Yanagita, kejayaan tersebut tetap menjadi suntikan keyakinan buat Azeem dalam usaha memburu satu lagi podium di pentas Sukan Asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN