fbpx
JENUH berdepan kecaman sepanjang bertanding dalam TTMM2, Ammara kini 'menyala' dengan sebuah single bertajuk Slay hasil sentuhan Mimi Fly.

Dapat sentuhan Mimi Fly, Amarra memang Slay!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KERAP menjadi mangsa kecaman ramai sejak menyertai Talk To My Manager 2 (TTMM2) sama sekali tidak melunturkan minat Amarra Sophie Rose terhadap dunia nyanyian.

Bahkan takdir tertulis indah apabila Amarra antara bekas peserta TTMM2 terawal merakam single selepas tamat pertandingan.
Lebih menarik, dia muncul dengan single berjudul Slay ciptaan Mimi Fly yang liriknya menyentuh tentang sikap tidak peduli terhadap kecaman negatif (haters), bangkit daripada tohmahan dan keyakinan diri untuk tampil berani serta bergaya.

Kebanyakan netizen menyifatkan lagu tersebut sesuai dengan vokal dan gaya Amarra yang lincah dan saling tidak tumpah seperti Mimi Fly.

“Memang ‘slay’ habis lagu ini, mesti akan viral. Amarra boleh jadi sehebat Mimi satu hari nanti,” puji peminatnya.

Slay yang dilancarkan sejak minggu lalu boleh didengar di semua platform penstriman dan media sosial.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN