fbpx

41 jemaah umrah pertama Andalusia mula berlepas ke Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah kumpulan pertama Andalusia yang akan berangkat ke Tanah Suci bagi musim 1447H Hijrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

SEPANG- Syarikat pengendali pakej haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) melepaskan kumpulan pertama jemaah umrah bagi musim 1447H Hijrah ke Tanah Suci menerusi penerbangan Saudi Arabia pada pukul 2 pagi tadi.

Pengurus Kanan (Agama dan Bimbingan) Andalusia, Mohamad Taha Hassan berkata, kumpulan pertama itu bertuah kerana mereka dapat merasai suasana musim haji berikutan masih ramai jemaah berada di Tanah Suci.

Katanya, mereka akan berada selama 10 hari di Mekah dan tiga hari di Madinah yang mana jemaah akan dibawa menziarahi Kota Tarif terlebih dahulu sebelum mengerjakan umrah.

“Bagi kumpulan pertama, kami menggunakan visa pelancong kerana visa umrah belum dibuka. Visa umrah akan dibuka pada 01 Muharam 1447H,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah umrah Andalusia musim 1447H di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Menurut beliau, pihaknya telah menerbangkan seramai 50,434 jemaah bagi musim umrah lalu dan menyasarkan untuk mengendalikan seramai 80,000 jemaah bagi musim umrah kali ini.

Mohamad Taha berkata, bagi musim ini, Andalusia menawarkan pakej umrah serendah RM5,900 untuk pendaftaran terawal.

Selain itu, pihak Andalusia turut menawarkan diskaun sebanyak RM200 bagi pendaftaran setiap 10 jemaah dalam resit sama sehingga 31 Disember ini.

“Kami turut menawarkan satu pakej umrah percuma bagi setiap 25 jemaah yang mendaftar bersama dalam satu resit dan berpeluang menaiki bas dan penerbangan sama.

“Orang ramai boleh menyertai Jejak Impian & Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) dengan mengikuti ‘live’ pada Jumaat setiap minggu untuk memenangi hadiah menarik antaranya cabutan bonanza sebuah kereta BYD Sealion 7,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI