fbpx

‘Subhanallah…tapak projek ECRL pun boleh solat raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pekerja asing menunaikan solat sunat Aidiladha di ECRL, Temerloh kelmarin.

PETALING JAYA – Penuh sederhana, tapi cukup bermakna.

Itulah yang tergambar menerusi satu video tular memaparkan sekumpulan pekerja asing projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menunaikan solat sunat Aidiladha di sebuah kawasan lapang, dipercayai di tapak projek di Temerloh, Pahang kelmarin.

Tanpa sejadah empuk atau ruang berhawa dingin, hanya beralaskan tanah merah dan pakaian kerja, namun mereka tetap khusyuk menunaikan rukun Islam dengan penuh rasa syukur.

Video berdurasi 35 saat itu mencuri perhatian ramai warganet, yang memuji kesungguhan mereka untuk tetap menghidupkan suasana Aidiladha walaupun jauh dari tanah air sendiri.

“Subhanallah, memang sungguh. Pengalaman macam ni hanya boleh dapat di perantauan saja.

“Ironinya, bila balik Malaysia yang bersepah masjid dan surau, boleh pula rindu solat di merata padang, parking lot, rooftop bangunan bagai ni. Semoga pekerja-pekerja ni merasalah daging korban,” tulis Seiran Rumi.

“Kat sini pun dulu,saya dan suami selalu nampk buruh ECRL solat berjemaah. Tapi sayangnya ramai dah lari sebab tak dibayar gaji berbulan,” dedah Norhazwani Othman.

“Sesungguhnya, mereka memang rajin bekerja dan menjaga solat. Saya selalu nampak pekerja di area rumah saya ni tak pernah ‘missed’ solat jumaat. Walau hanya jalan kaki. Kasihan diorang. Yang ada basikal tu, boleh la kayuh basikal.

“Yang takde tu, kenalah berjalan kaki. Kalau dapat bos yang baik, ada juga yang sudi tumpangkan kereta. Tapi berhimpit la nampak diorang naik satu kereta,” komen Nurul Hidayah Talha

Netizen turut mendoakan agar para pekerja tersebut diberikan kesihatan, keselamatan dan kesempatan untuk merasai kemeriahan Aidiladha walaupun berjauhan daripada keluarga tersayang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI