PETALING JAYA – Tindakan seorang pemuda yang menukar tempat duduk kereta dengan sebuah kerusi rehat yang biasanya digunakan untuk berkhemah menjadi perhatian ramai di media sosial.
Menerusi satu hantaran di platform TikTok milik @Abeell, pemuda tersebut dilihat memandu sebuah kereta yang dibuang tempat duduk asalnya dan digantikan dengan sebuah kerusi yang kebiasaanya digunakan untuk berkhemah.
Dapat dilihat juga dalam video tersebut bahawa banyak lagi komponen lain seperti karpet kereta juga tiada dalam kereta tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen telah memberikan pelbagai reaksi kerana terhibur dengan Tindakan pemuda berkenaan.
“Kau tunggu aku pakai seat gaming pulak, boleh pusing-pusing,” seloroh @M.akimZ
“Yang penting bergerak je kereta tu,” komen @matnenkonieee
“Boleh lah tuh bang asalkan kau bahagia,” kata @Takatu_zy – KOSMO! ONLINE
@abeellmacamni ke healing🥹