fbpx

Suami kelar isteri: Bedah siasat selesai, jenazah Iecah kebumi malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH Iecah dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Melaka petang tadi dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Kota, Johor malam ini.

MELAKA – Jenazah Iecah Junus, 34, wanita yang dipercayai dikelar suaminya sehingga mati dalam kejadian di Taman Cahaya, Bukit Gambir kelmarin telah dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Melaka, petang tadi.

Tuntutan itu dilakukan oleh abangnya selepas proses bedah siasat selesai dilakukan kira-kira pukul 5 petang tadi.

Difahamkan urusan memandikan, mengapankan dan solat jenazah telah dilakukan di hospital berkenaan sebelum jasad dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong, di sini.

Jenazah dijangka dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut malam ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki dipercayai mengelar isterinya sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir di sini.

Selepas membunuh isterinya, suspek berusia 33 tahun itu kemudian telah ke rumah mentuanya di Kampung Pengkalan Kota dan cuba membakar kediaman keluarga tersebut.

Perbuatan suspek bagaimanapun disedari oleh ibu mentuanya dan hanya beberapa buah kenderaan di luar kediaman yang musnah akibat dibakar.

Suspek dilaporkan berjaya dicekup oleh adik iparnya dan dibawa ke Balai Polis Bukit Gambir sebelum mengaku telah membunuh isterinya di kediaman mereka di Bukit Gambir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI