PETALING JAYA – Tindakan suami kepada pempengaruh, Shaniena Natasya menghadiahkan loket emas kepada beberapa jururawat yang menjaga isterinya ketika bersalin mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shaniena, kelihatan suaminya membawa beberapa beg kertas berisi hadiah loket emas sambil tersenyum gembira sebelum diserahkan kepada para jururawat sebagai tanda penghargaan.
“Bini dia yang beranak, nurse (jururawat) yang dapat emas,” tulisnya dalam klip berkenaan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan suami kepada pempengaruh itu yang bijak menghargai jasa petugas kesihatan di hospital swasta berkenaan.
“Jarang betul ya jururawat dapat penghargaan macam ini, pemurah betul mereka berdua ini,” komen @Fauzianayana.
“Terbaiklah suami macam ini hargai isteri dan petugas dekat hospital,” balas @Jazzeaa.
“Mesti misi ini semua balik dengan senang hati dapat loket emas, murah rezeki kamu sekeluarga,” kata @Omasal.
Sementara itu, terdapat ramai juga meluahkan rasa ‘cemburu’ terhadap jururawat yang menjaga isteri dan anak kepada lelaki tersebut.
“Rasa menyesal pula tak belajar sampai pandai dan jadi jururawat,” kata @Rose.
“Untunglah nak jadi nurse (jururawat) jugalah macam ini, jaga anak dan isteri dia,” ujar @Mimisabri. – KOSMO! ONLINE
@shanienanatasyaaa Replying to @Amanda ♬ FUNNY – DJ VALENTE