fbpx

[VIDEO] Abang terbabas, bukan memotong – Adik Pemandu Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan rakaman dashcam kenderaan mangsa sebelum terbabas melanggar sebuah bas ekspres dari arah bertentangan.

PETALING JAYA – Seorang wanita mendedahkan punca kemalangan yang meragut nyawa pemandu Myvi bersama isteri dan ibu mentuanya dalam nahas di Kilometer 104, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, semalam adalah kerana terbabas.

Menerusi hantaran yang dikongsi @Yannnsky itu, dia turut menunjukkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kereta Perodua Myvi yang dipandu abangnya, Mohamad Faris Kamaluddin, 24.

“Abang saya yang terbabit dalam kemalangan di Kuala Krai tidak memotong. Kemalangan itu berlaku apabila kereta terbabas,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, Faris meninggal dunia di lokasi bersama isterinya, Nur Atikah Najihah Mohd. Shah Penilzain, 18, dan ibu mentuanya, Nurul Ain Abdul Rahim, 39.

Ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi yang remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres dari arah bertentangan.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian turut menemui beberapa barangan hantaran perkahwinan di dalam kenderaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

@n.whoyan4pembetuln disini Abg sya mohamad faris yang terbabit dim kemalangan di kuali krai beliau terbabas bukn memotong jalan . kemalangan myvi biru 3 orang maut suami isteri dan ibu mertua abg sye 2m . ini dashcam abg sye

♬ Kali terakhir ku lihat wajahmu – Amsyarleee

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI