fbpx

‘Ibu ada besan di Johor’ – Usikan ibu buat Fattah Amin tersipu malu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi spontan ibu Fattah menjadi perbualan ramai dalam media sosial apabila menyatakan ada besan di Selatan tanah air.

PETALING JAYA – “Gaya tudung macam ini boleh ke majlis anak graduasi, boleh juga pergi rumah besan. Ibu ada besan di Johor.”

Itu kata-kata ibu kepada aktor Fattah Amin, Azizah Abdul Ghani yang mengusik anak sulungnya ketika mempromosikan tudung keluaran syarikat keluarga.

Besan yang disebut seolah-olah merujuk kepada ibu bapa penyanyi yang digosipkan dengan pelakon filem Mat Kilau itu iaitu Amira Othman.

Mendengar gurauan ibunya, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, tersenyum sambil menunjukkan wajah terkejut.

Sekali gus, momen dalam siaran langsung menerusi TikTok itu meraih tumpuan pengikutnya yang rata-rata menganggap wanita penting dalam hidup Fattah memberi lampu hijau.

“Muka Fattah tersipu-sipu. Ibu pun dah pandai menyakat,” tulis seorang netizen.

“Fattah kena tengok muka dia bila ibu sebut nak jumpa besan kat Johor,” kata pengikutnya.

“Ibu pun dah tahu, jangan aneh-aneh ye,” usik peminat lain.

Sebelum ini, Fattah yang dikhabarkan intim dengan Amira pernah didakwa bakal melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei lalu, namun disangkal pelakon terbabit.

Keakraban yang terjalin selepas kerap digandingkan untuk mempromosikan produk mengundang spekulasi ditambah mereka pernah menggayakan persalinan warna sedondon.

Malah keluarga masing-masing juga dilihat senang dengan keakraban tersebut terutama ibu Fattah yang tampak rapat dengan Amira. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI