fbpx

Tiada waris mampu jaga kanak-kanak mangsa dera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siew Kim bertanya mangsa tentang keadaannya di Hospital Pulau Pinang, Jumaat lalu.

GEORGE TOWN – Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menjadi mangsa dera ibu bapa kandungnya, dua minggu lalu ini akan ditempatkan di sebuah pusat jagaan berdaftar di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebaik sahaja dibenarkan keluar dari hospital.

Pengarah JKM Pulau Pinang, Zakaria Taib berkata, keputusan itu diambil selepas tiada waris terdekat yang mampu menjaga kanak-kanak tersebut.

“Pihak kami sudah berbincang dengan semua pihak termasuk keluarga terdekat, namun keluarga dari kedua-dua belah pihak tidak berkemampuan untuk menjaga kanak-kanak ini.

“Justeru, pihak JKM akan menempatkan kanak-kanak ini di bawah jagaan orang yang layak dan sesuai, iaitu di bawah pengurus pusat jagaan berdaftar yang dikawal selia JKM,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, pasangan suami isteri berusia 47 dan 49 tahun itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Balik Pulau di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak perempuan mereka berusia 12 tahun hingga mangsa mengalami kecederaan, dua minggu lalu.

Kes tersebut terbongkar selepas pihak polis menerima laporan daripada guru besar sekolah mangsa berhubung kejadian anak mereka mengalami kecederaan dipercayai akibat dipukul dengan rotan.

Menurut Zakaria, kanak-kanak berkenaan kini masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan belum dibenarkan keluar.

“Buat masa ini, kanak-kanak ini masih menjalani rawatan dan turut menerima sesi kaunseling daripada pihak hospital serta JKM kerana kita bimbang dia mengalami trauma akibat insiden tersebut.

“Kami juga sedang menguruskan perintah mahkamah bagi membolehkan penempatan rasmi dibuat sebaik sahaja dia dibenarkan keluar hospital,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI