fbpx
DZULKHAIRI MUKHTAR

Identiti mayat mangsa bunuh belum dapat dipastikan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Jantina dan identiti mayat dipercayai mangsa bunuh yang ditemui dibalut dalam tilam dengan kedua-dua tangan diikat di sebuah rumah kedai di Pokok Mangga di sini, Khamis lalu masih belum dapat dikenal pasti meskipun prosedur bedah siasat telah selesai dilakukan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pemeriksaan lanjut masih dijalankan oleh pakar forensik dan dijangka mengambil masa susulan keadaan fizikal mayat yang hampir hancur menyukarkan analisis dilakukan.

“Bedah siasat sudah dijalankan, namun setakat ini jantina dan umur si mati masih belum dapat dipastikan.

“Kita memerlukan masa untuk menjalankan pemeriksaan dan analisis lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Kosmo! pada Jumaat lalu melaporkan, satu mayat ditemui dalam keadaan hampir hancur dibalut dalam tilam dengan kedua-dua tangan diikat di sebuah rumah kedai di Pokok Mangga di sini, dipercayai membabitkan kes bunuh.

Mangsa disyaki telah dibunuh dalam tempoh antara dua minggu hingga sebulan berdasarkan proses pereputan mayat yang teruk sehingga jantina dan identitinya tidak dapat dikenal pasti.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN