fbpx

Sektor koko masuki era inovasi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari melihat sebahagian barangan yang dipamerkan pada Pesta Koko Antarabangsa Malaysia 2025 di Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU – Sektor koko di negara ini bersedia memasuki era pertumbuhan serta inovasi baharu.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pihaknya telah menggariskan visi strategik Malaysia untuk memperkukuh kedua-dua segmen huluan dan hiliran dalam industri koko negara sejajar dengan peningkatan permintaan global dan keperluan kelestarian.

“Malaysia komited menghidupkan semula ladang koko bagi meningkatkan pengeluaran biji koko supaya kekal sebagai salah satu daripada lima pengisar koko terkemuka dunia.

“Sistem kebolehkesanan Koko Kebangsaan meliputi 40 peratus daripada pengeluaran tempatan setakat ini. Sistem ini merupakan sebahagian daripada kesiapsiagaan peraturan negara terhadap Peraturan Deforestasi EU dan selaras dengan rangka kerja Standard Koko Premium Malaysia.

“Selain itu, Malaysia sedang beralih ke arah pengeluaran biji koko bernilai tinggi termasuk koko berperisa istimewa, koko asal tunggal dan varieti organik bagi menembusi pasaran global yang semakin berkembang untuk produk premium dan mesra kesihatan,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Koko Antarabangsa Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI