fbpx

Suspek kes simbah asid pemilik spa disambung reman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa suspek (kanan) untuk prosiding reman di Mahkamah Majistret Bachok hari ini.

BACHOK – Reman seorang pekerja kilang getah yang ditahan bagi membantu siasatan kes simbah asid sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada pemilik spa di Beris Kubur Besar di sini pada minggu lalu disambung empat hari.

Lanjutan reman yang bermula esok sehingga Jumaat ini terhadap wanita berusia 38 tahun itu dibenarkan oleh Majistret Mohd. Fauzan Mohd. Suhairi.

Sebelum ini, wanita itu yang ditahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah telah direman selama lima hari bermula 22 Mei lalu sehingga hari ini.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.41 pagi dengan menaiki kereta polis.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang pemilik spa dan salun kecantikan parah selepas diserang empat ‘pelanggan’ termasuk tiga wanita berpurdah dengan cecair asid ketika berada di premisnya di pekan Beris Kubur Besar di sini pada 17 Mei lalu.

Kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu menyebabkan mangsa, Nor Faziera Muda, 27, mengalami kecederaan parah pada lengan kanan dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa ada menerima janji temu daripada seorang pelanggan untuk rawatan mengurut di premisnya.

Menurutnya, sebaik wanita itu membuka pintu premisnya, suspek bertindak menyimbah cecair dipercayai asid ke arahnya sebelum beredar.

“Anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan yang melakukan siasatan menemui empat kesan cap jari di lokasi kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI