fbpx
Gambar hiasan

Mangsa termuda gangguan seksual bawah enam tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan sebanyak 8,620 kes gangguan seksual melibatkan 9,112 kanak-kanak direkodkan dari tahun 2023 hingga April 2025 dengan mangsa termuda berusia seawal bawah enam tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, daripada jumlah itu, golongan berusia antara 13 hingga 15 tahun mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 49.9 peratus bagi tempoh sama.

“Jumlah itu diikuti oleh mang­sa berusia 16 hingga 18 tahun (24.8 peratus), seterusnya 10 hingga 12 tahun (15.2 peratus), enam hingga sembilan tahun (6.6 peratus) dan kanak-kanak berusia bawah enam tahun (3.6 peratus),” katanya ketika ditemui Kosmo! di Bukit Aman, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, anjakan kes dilihat semakin membimbangkan berikutan jumlahnya sepanjang tahun menunjukkan trend menaik selain membabitkan umur mangsa terlibat semakin muda.

“Selain kes yang direkodkan menunjukkan trend menaik, umur mangsa terlibat juga didapati semakin muda selain jenayah itu juga dikesan menjadi lebih ganas serta serius,” katanya.

Menurutnya, peningkatan kes dapat dilihat dengan catatan kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak melonjak sebanyak 13.2 peratus bagi tempoh tahun 2023 hingga 2024 iaitu sebanyak 453 kes.

Katanya, jumlah kes membabitkan kumpulan berkenaan bagi tempoh tahun 2023 sehingga April 2025 adalah sebanyak 8,620 kes bagi seluruh negara.

“Kategori kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak yang paling tinggi dicatatkan sepanjang tempoh berkenaan adalah amang seksual fizikal iaitu seba­nyak 42.8 peratus.

“Antara kesalahan lain adalah kes rogol, sumbang mahram, amang seksual bukan fizikal, pornografi kanak-kanak, seks luar tabii, gangguan seksual, komunikasi seksual de­ngan kanak-kanak, pengantunan kanak-kanak, cabul kehormatan serta melibatkan kes di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan juga berjumpa selepas pengantu­ngan,” ujarnya.

Bagi kategori negeri, Mohd. Shuhaily berkata, Selangor, Johor, Sabah, Perak dan Kedah menca­tatkan jumlah kes tertinggi dalam kedudukan lima teratas carta.

“Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 20.4 ­peratus, diikuti dengan Johor (12.4 peratus), Sabah (10.3 peratus), Perak (7.2 peratus) dan Kedah (7.2 peratus).

“Seterusnya adalah Kelantan, Sarawak, Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perlis,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN