fbpx

Lori tiada pemandu berpusing selama 10 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lori bergerak tanpa pemandu dalam keadaan mengundur. - Foto Facebook/Always News

BANGKOK – Penduduk tempatan berkongsi kisah sebuah lori tanpa pemandu yang bergerak di  jalan raya di wilayah Kalasin, timur laut Thailand, lapor portal berita Thaiger semalam.

Lori itu bergerak sendiri selepas berlaku kemalangan dengan sebuah kereta sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan) malam kelmarin.

Anggota-anggota polis kemudian tiba di jalan Kalasin-Kamalasai, daerah Kamalasai untuk menyiasat apa yang berlaku. 

Mereka mendapati lori enam roda itu mengundur dan bergerak dalam bentuk bulatan selama kira-kira 10 minit sebelum berhenti.

Lori itu bergerak sedemikian selepas dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki. Mangsa cedera  ringan dalam kejadian itu.

Polis kemudian menyatakan, tiada aktiviti paranormal dalam kejadian itu. 

Polis menjelaskan bahawa seorang pekerja meninggalkan kunci di tempat menghidupkan enjin dan ketika lori berhenti, pemandunya memasukkan gear undur. 

Kesan daripada kemalangan itu mungkin menyebabkan enjin dihidupkan secara tiba-tiba menyebabkan trak itu berundur mengelilingi lampu jalan.

Beberapa pekerja pembinaan bertempiaran lari ketakutan dalam kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI