fbpx

Kereta hilang kawalan punca dua warga emas maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN yang membabitkan sebuah Proton Saga dan Toyota Hilux yang mengorbankan dua warga emas di Jalan Kuala Slim, Slim River, Tanjung Malim malam semalam. - FOTO IHSAN PDRM

TANJUNG MALIM – Dua warga emas yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Slim, Slim River di sini malam semalam, dikenal pasti sebagai Muhammed Sharif Hashim dan Sha’aarudin Aman masing-masing berumur 73 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim Deputi Superintendan Suhaimi Muhamad berkata, kedua-dua mangsa menetap di Felda Gunung Besout, Sungkai di sini.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Saga yang dipandu Muhammed Sharif bersama rakannya, Sha’aarudin telah hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah Toyota Hilux. Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemandu Toyota Hilux itu mengalami kecederaan di telinga kanan, manakala penumpang kenderaan tersebut iaitu seorang warga Sri Lanka masing-masing patah kaki kiri dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI