fbpx

Sports Flame beri penghormatan buat legenda sukan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memotong kek bersama bekas pemain hoki kebangsaan pada majlis sambutan ulang tahun ke-50 pencapaian bersejarah Malaysia di Piala Dunia Hoki 1975. - KOSMO!/AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Sports Flame memberi penghormatan buat legenda sukan negara sempena sambutan ulang tahun ke-50 pencapaian bersejarah Malaysia pada Piala Dunia Hoki 1975 di sebuah hotel di ibu negara, petang tadi.

Sebagai rekod, Sports Flame telah diasaskan empat bekas wartawan sukan, George Das, R Velu, Datuk Lazarus Rokk dan Datuk Fauzi Omar yang terus komited dalam usaha mengekalkan serta meraikan khazanah sukan Malaysia, khususnya dari era 1960-an, 70-an dan 80-an.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mencemar duli berangkat ke majlis penuh nostalgia itu.

Bagi penganjuran kali ini, agensi perhubungan awam dan penjenamaan sukan, ShekhinahPR telah menjadi penaja rasmi dan penganjur.

Ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR, Christopher Raj berkata, sambutan itu bukan sekadar sebuah majlis ‘reunion’, malah ia menjadi penghormatan buat bekas legenda sukan negara.

“Menjadi satu penghormatan buat kami apabila berpeluang menyaksikan barisan legenda ini berkumpul bersama mengimbas kembali kenangan bersejarah mereka dan pada masa sama usaha ini mampu memberi inspirasi kepada generasi atlet yang seterusnya,” katanya.

Meskipun Malaysia tidak meraih pingat dalam Piala Dunia 1975, skuad kebangsaan berjaya mencuri hati seluruh rakyat Malaysia dengan semangat juang yang tinggi dan memukau, sekali gus mampu menamatkan kejohanan di tempat keempat di laman sendiri.

Sementara itu, legenda hoki negara, Datuk Poon Fook Loke turut berkongsi kenangan perjalanan pasukan itu sambil mengakui bahawa selepas 50 tahun, beliau menyedari bahawa kemenangan bukanlah segala-galanya.

“Satu perkara yang pasti iaitu ikatan tidak dapat diputuskan. Walaupun sudah lima dekad berlalu, kami kekal berhubung dengan semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan luar biasa ini. Ia satu legasi yang tiada siapa boleh ambil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN