fbpx

Lain daripada lain, ular jadi aksesori pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan memegang ular ketika bergambar. - Instagram

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Tulungagung, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian orang ramai apabila melilit ular pada lehernya ketika majlis perkahwinan berlangsung, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik oleh jurusolek pengantin tersebut di laman Instagram, wanita itu dilihat menjadikan ular berwarna hijau sebagai aksesori.

Ketika sesi bergambar, dia dengan santai meletakkan reptilia itu pada leher selain seekor burung turut diletakkan pada bahu kanan.

“Pengantin perempuan merupakan pencinta haiwan dan salah satunya adalah ular. 

“Disebabkan itu, dia membawa haiwan kesayangannya di hari bahagianya,” kata jurusolek tersebut, Irene Septaria. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI