fbpx

Mekanik direman disyaki ‘pegang’ anak asuhan sejak 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diiringi anggota polis selepas mendapat perintah reman selama tujuh hari oleh Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

MELAKA – Seorang mekanik direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan selama lima tahun sejak mangsa berusia tujuh tahun.

Perintah reman sehingga 4 Mei ini dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, N. Sivashangari ke atas suspek yang berusia 28 tahun.

Ia membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Menurut sumber, kejadian terbongkar Jumaat lalu selepas ibu mangsa berusia 42 tahun menerima panggilan telefon daripada guru sekolah anaknya memaklumkan mengenai situasi dialami mangsa.

“Guru terbabit memberitahu mangsa mengadu dia telah dicabul oleh anak lelaki pengasuhnya sejak dia berumur tujuh tahun di rumah pengasuh di Kampung Batang Tiga di sini.

“Kejadian dikatakan berlaku sehingga kali terakhir dia dihantar ke pengasuh berkenaan pada penghujung Disember lalu,” katanya.

Tambahnya, ibu mangsa yang juga pengadu mendakwa anaknya itu sebelum ini tidak pernah menceritakan apa-apa, namun mula menunjukkan sikap suka menyendiri sejak berumur sembilan tahun.

Jelasnya, mangsa yang kini berusia 10 tahun mendakwa telah dicabul suspek dengan cara meraba di bahagian dada dan kemaluan berulang kali.

“Perbuatan jijik itu dikatakan berlaku semasa berada di bilik ketika ibu suspek sedang sibuk di dapur.

“Susulan itu, pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga, Sabtu lalu sebelum membawa anaknya itu ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar psikiatri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI