fbpx

Rangka bapa dalam almari  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suzuki ditahan selepas menyembunyikan mayat bapanya di dalam almari rumah mereka. - TBS

TOKYO – Seorang lelaki di Jepun ditahan kerana menyembunyikan mayat bapanya di dalam almari selama dua tahun, lapor portal berita South China Morning Post semalam. 

Situasi itu terbongkar apabila Nobuhiko Suzuki, 56, tidak membuka restoran makanan Cina miliknya di Tokyo selama seminggu, menyebabkan jiran tetangga bimbang dan membuat laporan polis. 

Apabila anggota-anggota polis tiba untuk melakukan pemeriksaan, mereka menemui rangka bapa Suzuki di dalam almari pakaian. 

Suzuki didakwa menyembunyikan mayat bapanya selepas dia meninggal dunia pada Januari 2023 ketika berusia 86 tahun. 

Punca kematian masih belum diketahui, namun Suzuki berkata, dia menemui bapanya dalam keadaan tidak bernyawa selepas pulang ke rumah pada hari kejadian. 

“Kos pengebumian pula terlalu mahal,” kata Suzuki ketika menjelaskan tindakan tersebut.

Suzuki kini ditahan dan disiasat atas dakwaan lain iaitu menyeleweng wang pencen bapanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI