fbpx

Barcelona mahu bolot semua trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Barcelona meraikan kejayaan menjuarai Piala Raja Sepanyol menewaskan Real awal pagi semalam. - FC BARCELONA

SEVILLE – Jurulatih Barcelona, Hansi Flick optimis impian melakar gelaran quadruple semakin hampir untuk direalisasikan selepas menjulang trofi Piala Raja Sepanyol menewaskan seteru tradisi, Real Madrid 3-2 dalam aksi final di Estadio de la Cartuja awal pagi semalam.

Pada perlawanan bertaraf El Clasico itu, skuad The Catalans mempamerkan dominasi untuk meraih gol menerusi penyudah Pedri, Ferran Torres dan Jules Kounde sekali gus meraih trofi berprestij tersebut buat kali ke-32 dalam sejarah kelab.

Kata Flick, apa yang dipamerkan oleh pasukan cukup sempurna kerana tentangan diberikan oleh Real cukup hebat sehingga perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

“Ini adalah detik yang cukup membanggakan. Bukan mudah untuk menang trofi pada saingan bertaraf El Clasico bertemu Real kerana ia sentiasa menjadi pengalaman istimewa buat barisan pemain.

“Namun, saya percaya ini barulah permulaan dan kami masih ada lagi sasaran dua trofi, La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang perlu diraih sebelum berakhir musim ini. Justeru, semua pemain perlu bekerja keras,” katanya.

Mengulas lanjut, Flick mengakui antara resepi kejayaan pada musim pertamanya membimbing Barcelona adalah sikap semua pemain yang sudah seperti satu keluarga dengan pemain tidak memiliki ego yang tinggi.

“Sejak membimbing pasukan tahun lalu, saya tegaskan kepada mereka untuk terus merendah diri kerana pasukan ini ada potensi besar.

“Apa yang dicapai memberi semangat untuk pemain mengharungi beberapa perlawanan getir pada baki saingan nanti,” kata Flick yang turut berjaya memenangi Piala Super Sepanyol musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI