fbpx
Reduan dan Adan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh selepas didakwa atas tiga pertuduhan penipuan pelaburan Bitcoin di Ipoh hari ini. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

Dua peniaga didakwa tipu pelaburan Bitcoin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Dua peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga tuduhan penipuan membabitkan pelaburan Bitcoin Actionnode dengan kerugian RM150,500 antara Mei hingga Julai tahun lalu.

Tertuduh, Reduan Ismail, 38, dan Adan Ibrahim, 34, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dua sekawan itu didakwa menipu Nur Raihan Shabila Md. Noor, 24, dan Rozidah Yahya, 49, dengan memperdaya mereka untuk mempercayai bahawa tertuduh dapat memberi pulangan pelaburan Bitcoin Actionnode sebanyak 20 peratus untuk tujuh bulan berturut-turut.

Penipuan itu telah mendorong kedua-dua mangsa masing-masing melaburkan wang sebanyak RM26,000 dan RM120,000.

Perbuatan tersebut dilakukan di Hotel Casuarina kira-kira pukul 12 tengah hari, 26 Julai 2020.

Bagi pertuduhan ketiga, mereka turut didakwa menipu Normah Shaari, 60, dengan mendorong mangsa melabur wang sebanyak RM4,500 bagi tujuan pelaburan sama di Hotel Casuarina di Meru pada pukul 10 pagi, 8 Mei 2020.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, K. Darinee manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Aizul Rohan Anuar, Hazwa Mahira Azman dan Nurradiah Zaini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN