fbpx
Zaiton menunjukkan sebahagian sampah yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab selepas dibersihkan di tepi jalan Kampung Batu- Inas, Rembau kelmarin.

Lepas kutip, campak semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Degil. Penduduk Kampung Batu-Chengkau di sini bengang apabila masih terdapat golongan yang membuang sampah di tepi jalan meskipun telah dibersihkan selepas masalah itu dilaporkan Kosmo! Rabu lalu.

Penduduk yang pada mula­nya riang apabila sampah telah dikutip bagaimanapun kembali berang apabila sisa buangan kembali dicampak di situ tidak lama kemudian.

Ahli Majlis Kawasan Kampung Batu-Chengkau, Zaiton Othman berkata, masalah itu menimbulkan rasa kurang selesa penduduk dan dia telah me­nerima 100 aduan lisan mengenai bau busuk di situ.

“Bila sudah dibersihkan, masih ada lagi yang bertindak membuang sampah di sini. Saya harap agar pihak bertanggungjawab ambil tindakan tegas mengeluarkan kompaun kepada individu yang masih berani buang sampah di sini.

“Malah, terdapat juga langkah memasang kamera litar tertutup di sini dan kita harap ia berhasil untuk mencegah lokasi ini dipenuhi sampah semula,” katanya.

Rabu lalu, Kosmo! melapor­kan rasa kurang selesa penduduk apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab menjadikan kawasan tepi jalan di kampung mereka sebagai lokasi pembuangan sampah haram.

 

 

Zaiton menunjukkan sebahagian sampah yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab selepas dibersihkan di tepi jalan Kampung Batu- Inas, Rembau kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN