fbpx

21 mangsa dipindahkan ke PPS di Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM memantau keadaan mangsa-mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali di Raub.

RAUB – Seramai 21 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat di Kampung Ulu Gali di sini malam semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali di sini.

“Mangsa terdiri daripada 14 lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, seorang warga emas dan dan seorang bayi perempuan.

“Pasukan APM masih terus melakukan pemantauan di sekitar kawasan berisiko banjir dari semasa ke semasa,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, hujan lebat berterusan menyebabkan limpahan air sungai yang menyebabkan banjir di kawasan berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI