fbpx
Paijang dan anaknya, Nurul Farhana (tengah) dan Ahmad Faris ketika ditemui dirumahnya di Kampung Mak Chili, Kemaman semalam.

Paijang tunai umrah, doa sakit ditanggung sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori mental yang tular selepas dipukul di Pasar Pagi Padang Astaka Chukai di sini, bulan lalu berniat untuk mendoakan ke­sembuhan penyakitnya sewaktu menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, atau lebih dikenali Paijang berkata, dia bersama anak kedua dan keempatnya, Nurul Farhana, 19, serta Ahmad Faris, 10, berangkat ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pukul 2.30 pagi tadi.

Menurutnya, pemergian me­reka adalah hasil tajaan syarikat pengendali ibadah haji dan umrah terkenal, Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd.

“Saya mohon orang ramai mendoakan agar perjalanan ­umrah bersama anak-anak dipermudahkan.

“Agak berdebar kerana bukan sahaja tidak pernah menjejak kaki ke Tanah Suci sebelum ini, malah kali pertama keluar negara sepanjang 47 tahun hidup saya ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Mak Chili di sini semalam.

Paijang dalam pada itu turut berharap agar dia dan anak-anak­nya diberi kesihatan yang baik selain agar dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna dan mabrur.

Bapa lima anak itu juga berharap doanya agar disembuhkan daripada penyakit yang dideri­tainya sejak berusia belasan tahun dimakbulkan Allah.

Paijang memberitahu isteri­nya, Faridah Abdul Karim, 44, dan anak ketiga, Mohd. Fakhrie, 19, yang sepatutnya menemani­nya tiada rezeki ke Tanah Suci atas beberapa kekangan terma­suk masalah pasport.

Begitupun, dia berharap pakej umrah kedua tajaan Pengerusi Yayasan Global Mesra, Datuk Seri Salim Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai ‘Datuk Seri Sultan Pemurah’ pada bulan Mei depan dapat disertai seluruh ahli keluarganya.

Sementara itu, Nurul Farhana bersyukur diberi rezeki untuk menemani bapanya menunaikan ibadah umrah.

“Alhamdulillah, di sebalik rezeki Abah (Paijang) yang dapat tajaan turut terselit rezeki saya. Memang tak sangka dapat menunaikan umrah pada usia muda apatah lagi sewaktu kami seke­luarga diuji,” katanya

Kosmo! 20 Januari lalu me­laporkan Paijang telah dipukul dan disepak beberapa individu dipercayai peniaga dan pelanggan Pasar Pagi Padang Astaka, Chukai pada pukul 9.30 pagi, 17 Januari lalu.

Insiden dipercayai berpunca rasa tidak puas hati selepas motosikal ditunggangi mangsa dikatakan terlanggar sebuah gerai di pasar pagi terbabit sehingga menyebabkan makanan jualan tertumpah ke atas jalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN