fbpx
Gajah liar yang berjaya ditangkap selepas tersesat ke kawasan penempatan penduduk dalam kejadian di Kampung Payong, Setiu kelmarin.

Gajah sesat sampai masuk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Kebimbangan penduduk Kampung Payong di sini, tentang ancaman seekor gajah berakhir apabila haiwan liar tersebut berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kelmarin.

Gajah jantan dewasa itu berjaya ditangkap pada pukul 4.30 petang kira-kira 24 jam selepas mendapat aduan penduduk kampung.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, haiwan dilindungi itu berjaya dijumpai sebelum ditangkap berhampiran sebuah kebun getah milik penduduk.

“Gajah tersebut dilaporkan dijumpai penduduk tersesat ma­suk ke perkampungan terbabit.

“Gerakan mencari telah berjaya menemui haiwan liar ber­kenaan dalam keadaan sihat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kean Seong berkata, tangkapan terbabit merupakan yang pertama melibatkan mamalia itu di Terengganu pada tahun ini.

Beliau berkata, haiwan ber­kenaan akan dilepaskan ke hutan berhampiran yang merupakan habitat asalnya pada masa terdekat.

Sementara itu, seorang penduduk, Rahman Harun, 53, lega gajah yang menjadi ancaman penduduk sebelum ini sudah berjaya ditangkap.

“Alhamdulillah dengan pe­nangkapan gajah ini kami tidak perlu bimbang lagi ancaman ­keselamatan dan juga tanaman,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN