fbpx
RASIL menunjukkan pokok yang dipanjat oleh Johan sebelum mamgsa terjatuh dan disondol babi hutan di ladang sawit Lombong Selinsing di Lipis semalam.

Panjat pokok tetapi terjatuh sebelum disondol babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Kejadian seorang lelaki yang maut akibat diserang babi hutan di kawasan ladang sawit Lombong Selinsing di Sungai Koyan di sini kelmarin meninggalkan detik hitam kepada beberapa rakan yang turut menyaksikan insiden ngeri itu.

Rakan mangsa, Rasil Yok Len, 32 berkata, dia turut melihat Johan Yok Boi, 24, cuba menyelamatkan diri dengan memanjat pokok kelapa sawit, namun gagal sebelum mangsa disondol haiwan liar itu.

“Johan cuba memanjat pokok kelapa sawit, namun dia terjatuh menyebabkan haiwan liar itu terus menyerangnya,” katanya di sini semalam.

Katanya, sebelum kejadian, dia bersama mangsa serta tiga lagi rakan pergi ke kawasan ladang itu yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kampung Bertang, Pos Sinderut untuk memburu haiwan liar tersebut.

“Ketika itu Johan cuba menghendap dan mendekati babi hutan yang bersaiz agak besar sebelum bertindak melontar lembing ke arah haiwan liar itu.

“Namun malang sekali lembing yang dilontar tersasar dan tidak mengenai babi hutan itu. Haiwan itu terkejut sebelum mengejar dan menyerang mangsa,” katanya.

Rasil berkata, usaha Johan untuk menyelamatkan diri dengan memanjat pokok sawit tidak berhasil, sebaliknya dia disondol sehingga mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian paha akibat ditusuk dengan taring.

“Saya dan rakan lain datang membantu dan cuba menarik mangsa untuk menyelamatkannya yang terus disondol haiwan tersebut.

“Kerana tiada jalan lain untuk menyelamatkan Johan yang te­rus disondol, kami menikam babi hutan itu sehingga mati sebelum membawa Johan ke Klinik Kesihatan Sungai Koyan untuk mendapatkan rawatan,”katanya.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan seorang pemuda Orang Asli Johan Yok Boi, 24, dari Kampung Bertang, Pos Sinderut menemui ajal akibat diserang babi hutan ketika memburu haiwan berkenaan di kawasan ladang sawit Lombong Selinsing, Sungai Koyan di sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah urat besar di paha sebelah kanan mang­sa telah putus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN