fbpx
JAMAL (kanan) menggunakan bot fiber untuk meredah banjir di Kampung Bukit Tunggal, Segamat semalam.

‘Dalam setahun empat kali kami terpaksa pindah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Tahun 2024 yang melabuhkan tirainya semalam meninggalkan kenangan pahit kepada penduduk yang terjejas banjir termasuk yang mendiami Kampung Bukit Tunggal di sini.

Seorang penduduk, Fatin Amalina Mohd. Yazid, 27, berkata, kejadian banjir terbaharu yang melanda kampungnya kelmarin merupakan bencana banjir kali keempat yang berlaku sepanjang tahun 2024.

Katanya, pengalaman berdepan banjir menyebabkan keluarganya mengambil langkah awal dengan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di kampung berhampiran.

“Bagi mengelak kesulitan, saya pindah lebih awal kerana rumah sudah ditengelami banjir sedalam dua meter dan saya berharap hujan kali tidak berterusan.

“Tahun ini sahaja sudah tiga hingga empat kali saya sekeluarga berpindah akibat banjir,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Jamal Batong, 62, berkata, air mula memenuhi kawasan rumahnya kira-kira pukul 4.30 pagi semalam sebelum ahli keluarganya berpindah ke tempat yang lebih selamat.

“Saya sekeluarga antara mang­sa terawal yang akan berpindah ke PPS di Balai Raya Kampung Bukit Tunggal setiap kali banjir melanda.

“Esok sudah tahun 2025 dan banjir juga seperti menyambut kedatangan tahun baharu bersama kami.

“Kedudukan rumah saya yang berhampiran Sungai Jementah menyebabkan kawasan rumah selalu banjir akibat air sungai melimpah,” katanya.

Jamal berkata, kedalaman air kali ini adalah 1.8 meter lebih cetek berbanding gelombang pertama sebelum ini yang mencecah 4 meter.

“Kami bersyukur kerana sempat mengalihkan barang dan dokumen-dokumen penting. Jika paras air terus meningkat, saya sekeluarga akan berpindah sendiri menggunakan bot gentian kaca tanpa menunggu bantuan tiba.

“Biasanya banjir di kawasan kampung ini tidak mengambil masa yang lama untuk surut memandang ia berlaku akibat limpahan air sungai berhampiran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN