fbpx
SEMAKIN ramai membawa keluarga bercuti termasuk ke luar negara semasa cuti sekolah.

Orang kaya pergi ‘holiday’, orang marhaen ‘healing’ saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARI ini bermulanya cuti penggal ketiga sesi persekolahan 2024/2025, tentu dalam kepala ramai orang sudah banyak agenda menanti, paling tidak balik kampung.

Musim cuti sekolah adalah tempoh rebutan untuk mengisi borang cuti, tidak kiralah bujang atau berkeluarga. Apa lagi kalau cuti itu berlaku serentak dengan hari-hari perayaan atau hujung tahun begini.

Bagi yang berduit, inilah masa untuk pergi bercuti atau ‘holiday’ ke mana-mana, dalam atau luar negara. Ada yang menggunakan tempoh cuti ini untuk ‘healing’ sama ada dengan keluarga, rakan atau diri sendiri.

Entah kenapa, seperti ada bezanya bercuti atau liburan dengan ‘healing’. Bercuti berbunyi lebih mewah, lebih banyak perlu wang dan teliti perancangannya. ‘Healing’ pula sekadar ada, lebih kepada sesi penyembuhan diri sama ada dari segi fizikal mahu pun mental. Cara yang bagaimana, terpulang.

Dari satu segi lain, jangan cemburu melihat orang lain dapat berlibur ke tempat- tempat menarik yang ada taman tema, gedung-gedung fesyen, lokasi ikonik atau memang kawasan peranginan, itu rezeki mereka.

Satu perkataan yang tidak kurang popularnya, reward!

Itu itulah yang digunakan banyak orang zaman ini bagi melestarikan simbolik kecintaan atau penghargaan atas segala apa yang telah dicapainnya sepanjang tahun ini.

Macam Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini menikmati percutian di Dubai bersama keluarga. Begitu juga Shuib, Amy Search yang baru-baru ni ke Jepun. Itu gaya percutian mereka, gaya percutian orang kaya yang setelah setahun bekerja keras.

Untuk orang marhain, dapat ke Port Dickson, bawa keluarga lepak di rumah inap desa tengok pemandangan sawah di Sekinchan atau pacak khemah tepi sungai juga sudah cukup seronok.

Kalau orang tanya, hendak kata bercuti, seganlah, jadi jawab sahaja pergi ‘healing’. Lari seketika daripada penat kerja, tetapi adakalanya pergi ‘healing’ pun penat juga.

Bercuti, liburan atau ‘healing’, itu juga cara kita menghargai diri. Reward kadangkala tidak perlu dibayar dengan wang tetapi juga masa. Masa untuk keluarga dan kawan-kawan, lebih penting masa untuk diri sendiri juga.

Jangan sampai segala apa yang dilakukan semuanya untuk orang lain, sebaik mana pun kalian mahu memuaskan hati orang, pasangan, keluarga dan anak-anak, jagalah, rewardlah juga diri sendiri.

Hujung tahun begini, kalau pun kita bukan penjawat awam yang sedang bahagia dengan skim gaji baharu, kita tetap boleh reward diri dengan benda yang ada nilai tambah, bukan kurangkan harta setiap kali terfikir mahu hargai diri.

Paling tidak, belilah sepasang kasut sukan baharu agar bersemangat untuk sihat dan jelitawan sepanjang 2025 nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN