fbpx
MEREKA yang tinggal di kawasan sering dilanda banjir dinasihatkan mengambil perlindungan insurans bencana alam. – GAMBAR HIASAN

Jangan kedekut ambil insurans bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Pemilik ken­deraan yang tinggal di kawasan terjejas banjir dinasihatkan tidak terlalu berkira untuk membayar skim perlindungan peril khas atau perlindungan bencana alam sebagai langkah berjaga-jaga ­daripada berdepan kerugian ­besar semasa musim tengkujuh.

Ejen insurans, Amri Rahmah, 45, berkata, perlindu­ngan peril khas memerlukan tambahan bayaran sebanyak RM80 hingga RM150 daripada harga insurans tahunan kereta bergantung kepada jenis kende­raan, jumlah diinsuranskan dan alamat pemilik kenderaan.

Menurutnya, dia akan me­nyemak terlebih dahulu lokasi atau alamat pemilik kende­raan menerusi sistem insurans sebelum menetapkan harga ­per­lin­d­ungan peril khas bagi sesebuah kenderaan.

“Kebiasaannya, penduduk di Pasir Mas dan Rantau Panjang yang ramai mengambil tambahan perlindungan insurans kenderaan mereka. Harga tambahan insurans mereka juga sedikit mahal kerana berada di lokasi yang sering berlaku bah.

“Pada saya, penduduk yang sering terjejas banjir tidak perlu berkira untuk mengambil tam­bahan perlindungan insurans ken­deraan.

“Perlindungan itu meliputi kerosakan kenderaan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, tanah mendap dan pokok tumbang,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Amri memberitahu, selain daripada pelanggan di Kota Bharu dan Tumpat, dia juga menguruskan perlindu­ngan peril khas klien dari beberapa­ lokasi di Lembah Klang ter­utamanya di Shah Alam, ­Selangor.

Sementara itu, seorang lagi ejen insurans di Wakaf Bharu, Tumpat, Hamzul Ramli, 60, berkata, setakat ini tiada kliennya membuat tuntutan insurans perlindungan peril khas ekoran terjejas banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN