fbpx
PARA pelajar perlu diberi peluang menguji kemampuan diri secara adil menerusi satu peperiksaan awam di seluruh negara. - GAMBAR HIASAN

Segera kembalikan UPSR sebelum terlambat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBAGAI ibu bapa yang mempunyai anak dibangku sekolah rendah, saya amat bersetuju dengan saranan beberapa pakar pendidikan supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikembalikan semula.

Ini kerana, UPSR adalah mekanisme yang paling tepat untuk mengukur tahap keupayaan murid terutamanya dalam penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) sebelum mereka ke sekolah menengah.

Ia lebih baik berbanding sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ketika ini yang dilihat agak ‘bias’ dan tidak tepat.

Malah, dengan ketiadaan UPSR, fokus murid sekolah rendah dilihat agak menurun kerana bagi mereka tiada apa untuk dikejar memandangkan tiada peperiksaan.

Berbeza dengan zaman saya mengambil USPR kira-kira 30 tahun dahulu, kami sama-sama fokus untuk skor markah tinggi kerana tidak mahu tercicir ke nombor 10 ke atas dan mahu ‘maintain’ di kedudukan lima terbaik dalam kelas dan sasar 4A dalam UPSR.

Saya juga setuju dengan perkongsian bekas guru, Mohd. Fadli Saleh atau Cikgu Fadli yang memaklumkan bahawa Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dilaksanakan sebagai ‘ganti’ UPSR tidak tepat penilaiannya.

Sebagai contoh katanya, murid yang mendapat Tahap Penguasaan (TP) 5 di sekolah A mungkin dapat TP4 di sekolah B.

“Markah 80 peratus sekolah A tidak semestinya lebih bagus dari 70 peratus sekolah B kerana soalan yang murid jawab itu berbeza.

“Berbeza dengan UPSR, tidak kira murid itu dari sekolah A ke, B ke, M ke, kalau markah UPSR dapat 80 peratus, pergilah mana-mana pun tidak akan berubah. Sebab soalan adalah selaras,” katanya.

Dalam pada itu, memetik perkongsian pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Anuar Ahmad, mengembalikan UPSR bukanlah sesuatu yang bersifat eksperimen lagi kerana UPSR telah dilaksanakan sejak 1988.

Jelasnya, kita tidak bereksperimen lagi dengan UPSR, tetapi sepanjang 35 tahun itu telah berlaku ‘kesesatan’ disebabkan ‘penunggang’ UPSR.

“Itu bukanlah masalah UPSR, itu masalah dari penunggang UPSR. Jadi penggunaan istilah ‘tikus makmal’ tidak tepat untuk UPSR. Istilah ‘tikus makmal’ lebih tepat untuk PBD.

“Sejak dimulakan pada 2017, eksperimen PBD ini belum selesai hinggalah hari ini . Keluhan ibu bapa dan guru-guru bertali arus terhadap PBD.

“Kemuncaknya, gesaan supaya UPSR dan PT3 dikembalikan kerana sebahagian besar ibu bapa dan guru-guru yakin bahawa PBD telah gagal selepas tujuh tahun dieksperimenkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, PBD masih di dalam proses eksperimen sehingga pada bulan Mac lalu apabila PBD mesra ibu bapa yang ada dalam dokumen intervensi kurikulum.

“Siapa sebenarnya jadi ‘tikus makmal’ untuk eksperimen PBD? Tentulah murid.

“Mahu gunakan simpul bahasa yang menggambarkan keadaan sebenar tentang isu UPSR dan PBD bukanlah ‘seperti tikus makmal’, tetapi yang lebih tepat ialah ‘seperti tikus membaiki labu’,” sindirnya.

Begitu juga dengan saya, walaupun USPR dianggap telah ‘tua’, namun keberkesanannya masih lagi relevan.

Usahlah perjudikan nasib anak bangsa kita semata-mata mahu mengejar sistem pendidikan moden sedangkan kita masih tidak bersedia sepenuhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN