fbpx
Nur Faizah (kiri) dan Sarinah menunjukkan piza yang dijual mereka di Piza Seni Bidadara di Kampung Lubuk Kawah, Jerteh, Besut semalam.

Dua wanita bermadu hidup gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Dua wanita yang bermadu bukan sahaja rapat, malah tidak kekok berniaga bersama-sama menjual piza dapur kayu api di Kampung Lubuk Kawah, Jerteh di sini sejak empat tahun lalu.

Nur Faizah Jaafar, 49, berkata, dia mengajak Sarinah Ismail, 51, yang dikahwini suaminya, Che Ku Arshad Che Ku Rani, 51, pada tahun 2018 untuk sama-sama memajukan perniagaan Piza Seni Bidadara.

“Saya dan suaminya (Che Ku Arshad) sebenarnya sudah berniaga piza sejak 2016 bermula di Laman Seni Rajawali berhampiran Cenderawasih, Kuantan, Pahang.

“Kami kemudian pulang ke kampung halaman di Kampung Keruak, Hulu Besut sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020,” katanya ketika ditemui di kedai Piza Seni Bidadara yang terletak di Kampung Lubuk Kawah, Jerteh di sini semalam.

Nur Faizah berkata, waktu itu, tanpa berfikir panjang, dia me­ngajak madunya, Sarinah untuk sama-sama membangunkan semula perniagaan piza dapur kayu api bersama suami dan anak-anak mereka.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, Sarinah bertugas ­menguli doh, manakala dia pula terlibat dalam dalam tugas membakar piza di dalam dapur kayu api.

“Kami tiada pekerja lain selain saya, Sarinah, suami dan anak-anak. Alhamdulillah perniagaan Piza Seni Bidadara berjalan secara harmoni dan semakin mendapat perhatian pelanggan.

“Selain keistimewaan piza kami dimasak di dalam dapur khas dinamakan gok, panorama kedai kami yang berlatar belakang sawah padi turut menggamit ramai pelanggan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN