fbpx
Jualan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur kembali rancak semalam selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang mangsa tanah jerlus oleh pihak berkuasa.

‘Kami tak takut pergi Jalan Masjid India’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Selepas dua minggu kejadian tanah jerlus yang meragut nyawa seorang warga India, kawasan tumpuan Jalan Masjid India di sini kembali ‘bernyawa’ apabila tidak putus-putus dikunjungi pelancong luar dan tempatan.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kawasan tarikan pelancong itu kembali mendapat sambutan hangat dengan deretan kedai-kedai yang sebelum ini dilaporkan ‘sepi’ telah dibuka semula dan menerima pengunjung seperti sedia kala.

Pelancong dari Filipina, Farnaida Tanggol, 58, berkata, kejadian tanah jerlus itu turut mendapat liputan di negaranya dan kedatangannya di sini bagi melihat sendiri lokasi kejadian.

Menurutnya, percutiannya bersama empat ahli keluarhga yang lain seakan-akan tidak sah sekiranya tidak berkunjung ke Jalan Masjid India kerana ia antara lokasi diminati sejak kali pertama bercuti di negara ini.

“Ini kali kedua saya datang sini (Malaysia), kejadian tanah jerlus itu juga tular di negara saya, pe­rasaan takut itu tiada sebab ramai yang berjalan-jalan di sini.

“Saya suka datang sini sebab barangannya murah. Setakat ini semua selamat sahaja, kepada tuhan kita berserah jika ada apa-apa berlaku,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Orang ramai dilihat tidak lagi takut dan meneruskan aktiviti mengunjungi kawasan Jalan Masjid India semalam.

Sementara itu, jurulatih sukan, Mohammad Faizal, 34 berkata, insiden yang ‘meragut’ seorang pelancong itu bukan penghalang untuknya terus berkunjung ke kawasan tarikan pelancong itu.

“Perkara yang jadi itu hanyalah kemalangan sahaja dan kebetulan. Biasalah, kita berada di kawasan membangun dan kemalangan seperti itu terjadi di luar jangkaan.

“Kita sebagai pengguna perlu pegang pada jaminan pemerintah yang mengatakan di sini selamat, jangan percaya berita tidak benar,” katanya.

Pada 23 Ogos lalu, wanita dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita berkenaan dihentikan pada 31 Ogos lalu selepas mengambil kira faktor keselamatan pasukan operasi SAR.

Berita berkaitan: Tak ramai pengunjung, Jalan Masjid India lengang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN