fbpx
Hannah Yeoh (tiga dari kiri) bergambar bersama pengurusan kanan syarikat yang menaja program ini.

HWC lancar kempen ConnectKL luangkan masa bersama komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETALING JAYA – HWC Coffee telah melancarkan ConnectKL, sebuah inisiatif komuniti selama sebulan yang menggalakkan orang ramai untuk berhenti seketika, berhubung semula dan meluangkan masa bermakna bersama melalui secawan kopi.
Kempen yang telah berlangsung sejak 2 Julai lalu sehingga 31 Julai ini mengajak masyarakat di sekitar Lembah Klang untuk meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit daripada rutin harian mereka, sama ada bersama rakan sekerja, ahli keluarga, sahabat, jiran, atau sekadar mengambil ruang untuk berehat dan menyegarkan minda.
Inisiatif ini membawa mesej bahawa hubungan yang lebih erat dan komuniti yang lebih kukuh sering bermula daripada detik-detik kecil dalam kehidupan seharian.
Ketua Pegawai Eksekutif HWC Coffee, Zenda berkata,  kempen ini mencerminkan kepercayaan jenama syarikat itu, bahawa secawan kopi boleh memainkan peranan yang bermakna dalam mendekatkan orang ramai serta mewujudkan ruang untuk berhubung dalam kehidupan seharian.
“Di HWC Coffee, kami percaya secawan kopi bukan sekadar minuman, tetapi juga medium yang menyatukan manusia. Setiap hari kami melihat rakan sekerja bertemu sebelum memulakan tugas, keluarga menikmati sarapan bersama, pelajar mengulang kaji pelajaran dan sahabat meluangkan masa untuk berbual.
“Melalui ConnectKL, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengambil 10 minit yang bermakna untuk mengetepikan telefon bimbit, berhubung semula dengan insan tersayang dan menghargai detik-detik kecil yang paling bermakna dalam kehidupan,” katanya dalam kenyataan.
Kempen ini telah dirasmikan oleh  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),  Hannah Yeoh di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, HWC Coffee turut memperluaskan satu tanda penghargaan sepanjang bulan kepada komuniti di sekitar Lembah Klang.
“Dari 2 hingga 31 Julai 2026, pelanggan yang membeli mana-mana handcrafted beverage sebelum jam 3:00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat, di cawangan HWC Coffee yang mengambil bahagian di sekitar Lembah Klang akan menerima satu HWC Bakery atau satu pek Brownie Crisp secara percuma, sementara stok masih ada.
Melalui inisiatif ini, HWC Coffee komited untuk menyalurkan lebih RM350,000 nilai HWC Bakery dan Brownie Crisp secara percuma sepanjang bulan Julai.
Menurut Zenda, usaha ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan penyertaan dalam kempen ConnectKL, tetapi juga untuk menjadikan detik kebersamaan harian lebih mudah diakses oleh masyarakat di sekitar Lembah Klang.
“Melalui kempen ini, kami berharap pemberian bakeri percuma ini dapat menggalakkan orang ramai mengajak seseorang untuk menikmati kopi bersama, berkongsi sedikit juadah dan meluangkan masa yang bermakna bersama.
“Lebih penting lagi, inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan cara yang mudah, bermakna dan boleh dinikmati oleh lebih ramai orang.
“Kami berharap ConnectKL dapat mencetuskan lebih banyak detik kebaikan, hubungan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia,” jelas beliau.
Cawangan HWC COFFEE yang mengambil bahagian dalam program ini lazimnya beroperasi seawal 7:30 pagi bagi cawangan standalone dan pejabat, 8:30 pagi bagi cawangan di pusat membeli-belah, serta 10:00 pagi ini di beberapa lokasi pusat membeli-belah terpilih. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN