fbpx
Gambar hiasan

Diesel punca PH kalah di Sungai Bakap?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Sabtu lalu menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,267 undi.

Keputusan itu menyaksikan gabungan PN sekali lagi mengekalkan kerusi yang dimenangi, malah dengan majoriti lebih besar berbanding 1,563 undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos tahun lalu.

Beliau menewaskan pencabar utamanya daripada Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin dengan 14,489 undi berbanding pihak lawan yang meraih 10,222 undi.

Impian PH untuk merampas kembali kerusi yang pernah dimenangi parti itu selama tiga penggal dari 2008, sebelum jatuh ke tangan Pas pada PRN tahun lalu nampaknya gagal.

Daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15, Kerajaan Perpaduan yang diwakili Barisan Nasional (BN) dan Pakatan PH berjaya memenangi lima PRK iaitu Parlimen Pulai, DUN Tioman, Simpang Jeram, Pelangai dan terbaru Kuala Kubu Bharu.

Ada yang mendakwa, peratusan keluar mengundi bukan Melayu yang rendah menjadi antara punca kekalahan PH. Jumlah pengundi Melayu seramai 70 peratus, Cina 47 peratus dan India pula 58 peratus.

Peratusan kaum Cina keluar mengundi kali ini menurun 13 peratus. Secara keseluruhan, peratusan keluar mengundi adalah 63 peratus daripada 39,279 pengundi.

PRK Sungai Bakap amat signifikan kerana ia diadakan selepas kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel. Ia bagaikan satu ‘eksperimen’ sama ada berlaku protes terhadap pelaksanaan dasar baharu kerajaan.

Ramai yang berpandangan penyasaran subsidi diesel antara punca utama kekalahan calon Kerajaan Perpaduan yang diterjemahkan kepada undi protes.

Penyasaran subsidi dikritik hebat pengguna kenderaan diesel yang tidak berpuas hati, malah ada pihak yang mahu penyasaran subsidi diesel dibuat secara berkala.

Ia juga bagaikan ‘bola tanggung’ kepada pembangkang untuk jadikan modal politik menarik sokongan pengundi.

Isu berkaitan subsidi sememangnya sensitif bagi rakyat Malaysia, tidak kira sama ada subsidi minyak masak, gula, tepung gandum atau gas petroleum cecair, ramai yang marah jika dikurangkan, diselaras atau dihapuskan.

Tambahan pula diesel dan petrol menjadi keperluan utama rakyat untuk bergerak ke sana sini.

Sebelum ini Kerajaan Perpaduan berulang kali menegaskan bahawa penyasaran subsidi diesel bertujuan mengurangkan ketirisan dan menangani kegiatan penyeludupan diesel rentas sempadan.

Bantuan subsidi kali ini lebih bersasar apabila hanya diberikan kepada pihak atau individu benar-benar layak menerimanya.

Pun begitu, masih ramai yang tidak puas hati kerana kefahaman yang diberikan mungkin tidak dapat diterima atau tidak meyakinan rakyat mengenai tujuan sebenar kerajaan.

Selepas ini, PRK DUN Nenggiri pula akan berlangsung dan kerusi itu merupakan kubu kuat pembangkang. Adakah Kerajaan Perpaduan berupaya merampas kerusi ini ketika lebih banyak dasar baharu yang akan diperkenalkan selepas ini?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN