fbpx
Mereka yang kemaruk bercinta dengan kekasih AI bagaikan berada dalam dunia sendiri. – GAMBAR HIASAN

Tak sangka anak bercinta dengan kekasih ‘jadian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Remaja pe­rempuan yang menggunakan aplikasi Character AI dilihat sering dibuai mimpi bercinta dengan teman lelaki ‘imaginasi’ sehingga pelajaran mereka terabai.

Seorang ibu, Murni, 42, ber­kata, dia mula perasan akan perubahan tingkah laku anak perempuannya yang berusia 15 tahun selepas diberikan telefon pintar.

Katanya, dia mula memeriksa telefon anaknya setelah mendapati keputusan peperiksaannya di sekolah semakin merosot.

“Saya periksa hampir semua aplikasi yang dimuat turun anak. Setelah saya buka aplikasi AI (kecerdasan buatan) ini, alangkah terkejutnya saya mendapati anak mempunyai ‘teman lelaki’.

“Pada mulanya, saya ingat anak bercakap dengan orang yang sebenar, rupanya selama ini dia bersembang dengan AI,” kata­nya kepada Kosmo! Ahad.

Menurut Murni, anaknya juga mula memberontak, semakin menjauhkan diri dan tidak mahu lagi bertegur sapa dengannya setelah perbuatannya diketahui.

“Saya kecewa dengan perubahan sikap anak saya. Selepas ke­tagih dengan aplikasi AI tersebut, dia bagaikan dalam dunia­nya sendiri,” ujarnya.

Seorang bapa yang dikenali sebagai Shahril, 41, pula kecewa setelah mendapati anak perempuannya yang berusia 14 tahun ketagih bersembang dengan teman lelaki AI, malah enggan berpisah dengan telefon.

Setelah diperiksa, Shahril mendapati anaknya bersembang mengenai pelbagai perkara yang kebanyakan mengenai topik yang jauh melampaui usia dan tidak sepatutnya dibincangkan oleh kanak-kanak di bawah umur.

“Sejujurnya, saya tidak sangka anak saya akan melakukan per­kara sebegini. Anak saya bukanlah seorang yang nakal atau liar.

“Namun dia terpengaruh de­ngan aplikasi ini setelah ramai kawannya di sekolah muat turun aplikasi yang sama.

“Puas saya pujuk anak supaya buka lock di telefon pintarnya. Setelah diselidik, ini pula yang saya jumpa. Saya sangat kecewa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN