Suasana majlis perkahwinan yang meriah dengan kehadiran pelbagaiĀ bangsa.

[VIDEO] Majlis kahwin himpun semua kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah video tular di media sosial kerana memaparkan pasangan pengantin berada dalam satu majlis perkahwinan yang disertai kaum berbilang bangsa.

Menurut seorang pengguna di TikTok @Lovehazirah, dia buat pertama kali menghadiri majlis perkahwinan yang disertai tarian singa, kompang dan gendang India yang dimainkan kaum Melayu, India dan Cina.

ā€œMeriahnya! Pertama kali pergi majlis kahwin ada tarian singa, kompang dan gendang India.

ā€œSeronok! Perpaduan kaum sangat ini,ā€ tulisnya menerusi kapsyen TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong majlis perkahwinan yang terdiri dari pelbagai bangsa dan berharap untuk terus menjalinkan hubungan antara satu sama lain.

ā€œWow meriahnya! Ini baru satu Malaysia, ini adalah perasaan yang terbaik dengan tarian singan dan urumi,ā€ kata seorang netizen.

ā€œTidak kira Melayu, Cina dan India, Kita adalah rakyat Malaysia,ā€ ujar seorang pengguna TikTok.

ā€œSumpah seronok tengok semua bersatu, semoga perpaduan antara kita kekal sampai bila-bila,ā€ kata seorang netizen lagi. – KOSMO! ONLINE

@lovehazirah_ Meriahnya ! Pertama kalinya pergi majlis kahwin ada tarian singa, kompang, gendang indiašŸ˜ Seronok! Perpaduan kaum sangat nišŸ«¶šŸ»šŸ«¶šŸ»šŸ«¶šŸ» #melakawedding #perpaduankaum #cinamelayuindiasemuasupport #fyp悷悚viral #fyp ♬ original sound – Lovehazirah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN