fbpx
BANYAK rumah musnah akibat puting beliung di Tongaat, Selasa lalu. - Foto AFP

11 maut puting beliung landa Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHANNESBURG  – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera selepas puting beliung melanda sebahagian wilayah tepi pantai, KwaZulu-Natal di Afrika Selatan, lapor portal berita CNN semalam.

Ribut  dahsyat pada Isnin lalu itu menyebabkan kerosakan besar terutamanya di bandar Tongaat, utara  KwaZulu-Nata.

Rakaman televisyen dan imej lain menunjukkan  kawasan kejiranan yang musnah dengan  serpihan berpuluh-puluh buah rumah.

“Kerosakan yang berlaku agak besar,” kata Ketua Menteri KwaZulu Natal, Nomusa Dube-Ncube.

Menurutnya,  jumlah mangsa terkorban akibat puting beliung itu mungkin meningkat.

Perkhidmatan Kaji Cuaca Afrika Selatan mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya dua puting beliung melanda wilayah itu pada tengah hari Isnin lalu,  menyebabkan kerosakan yang besar.

“Puting beliung pertama berlaku antara Newcastle dan Utrecht di kawasan pedalaman barat KwaZulu-Natal,” kata perkhidmatan itu dalam satu kenyataan Selasa lalu.

Puting beliung lebih besar kemudian melanda sekitar Tongaat dan bergerak ke timur menuju ke kawasan  pantai berhampiran Westbrook serta Ballito di mana ia turut menyebabkan kemusnahan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN