fbpx
Gambar hiasan.

Lagi suhu panas 40 darjah Celsius di Pasir Mas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lapan daerah di Pantai Timur termasuk Pasir Mas dijangka menerima cuaca panas dengan suhu maksimum harian mencecah 40 darjah Celsius sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat pukul 4.20 petang tadi, amaran gelombang haba dikeluarkan di Pasir Mas apabila daerah itu dikesan menerima suhu panas mencecah 40 darjah Celsius.

“Tujuh lagi daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai di Kelantan pula menerima suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius iaitu pada tahap berjaga-jaga.

“Selain itu, cuaca panas sama turut melanda Besut dan Setiu serta dijangka berterusan sehingga Rabu ini,” ujar Metmalaysia.

Sementara itu di bahagian utara, cuaca panas dengan suhu diantara 35 hingga 37 darjah Celsius turut dikesan di Padang Terap, Kedah dan Kota Marudu, Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN