fbpx
MOHD. ZOLKAFLY (dua dari kanan) pada Majlis Jelajah Sejahtera Agro @ DUN Lintang di Arena Sungai Siput, Sungai Siput hari ini.

Tempoyak ‘penyelamat’ lambakan durian, harga pun tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI SIPUT – Salah satu alternatif bagi mengatasi lambakan buah durian sekarang ialah dibuat tempoyak kerana harganya yang stabil selain disukai ramai untuk masakan gulai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian & Industri Makanan Perak, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, terdapat banyak pilihan bagi pemilik, peraih dan penjual memasarkan buah durian masing-masing.

“Sebenarnya banyak pilihan, bukan lambakan, kalau kita ada inisiatif dan kreativiti bagaimana untuk memasarkan durian.

“Tempoyak pun dapat permintaan yang tinggi, jualan harga yang agak mahal juga. Kalau kita nak makan tempoyak sangat ni, bila bukan musim dia, bukan senang nak dapat tempoyak pula tu,” katanya kepada pemberita pada sidang media merasmikan Majlis Jelajah Sejahtera Agro @ DUN Lintang di sini. Hadir sama, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Perak, Azleena Zainal Abidin.

Dalam pasaran, sekilogram (kg) tempoyak yang merupakan isi buah durian yang telah diasingkan bijinya boleh mencecah RM25 sebekas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN