fbpx
Tangkap layar memaparkan seorang murid tahun satu melintas jalan sebelum terlanggar sebuah kereta Perodua Myvi berhampiran SK Seri Geliga, Kemaman semalam.

Murid tahun satu parah, kemalangan waktu lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang murid lelaki tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Geliga cedera parah akibat merempuh sebuah kereta sewaktu melintas jalan berhampiran sekolahnya, di sini, semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia enam tahun sembilan bulan terbabit terpaksa ditidurkan akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, kejadian berlaku apabila kanak-kanak tersebut melintas jalan tanpa menyedari kehadiran sebuah kereta Perodua Myvi.

“Ia menyebabkan mangsa merempuh sisi kiri kereta dipandu seorang wanita berusia 40 tahun.

“Sewaktu kejadian, pemandu wanita terbabit dikatakan dalam perjalanan ke SK Seri Geliga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, murid tersebut kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kemaman di sini sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN