fbpx
Gambar hiasan

Uniknya bola sepak Basque Country

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CUTI rehat antarabangsa minggu lalu menyaksikan banyak pasukan melakukan persiapan misalnya pasukan Eropah yang melalui aksi pemanas badan untuk menghadapi saingan Euro 2024 di Jerman Jun nanti, manakala pasukan dari Amerika Latin pula bersiap untuk Copa America juga berlangsung pada bulan yang sama.

Dalam banyak-banyak senarai perlawanan yang dilangsungkan, aksi 24 Mac lalu menarik perhatian apabila Uruguay yang dikendalikan oleh Marcelo Bielsa turun ke San Mames untuk menentang sebuah pasukan yang dikenali sebagai Basque Country yang namanya tidak begitu familiar untuk banyak pihak dan keputusannya berakhir dengan terikat 1-1.

Carian dalam laman rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) juga mendapati Basque Country tidak termasuk di dalam senarai ahli gabungan, malah tidak wujud kedudukan ranking untuk pasukan tersebut dalam kedua-dua badan bola sepak tersebut.

Basque Country adalah sebuah kawasan yang terletak di utara Sepanyol, namun diberikan hak sebagai wilayah autonomi yang memiliki keluasan 7,234 kilometer persegi dan populasi seramai 2.2 juta rakyat selepas mereka terpisah ekoran diktator Sepanyol, Jeneral Franco yang membebaskan beberapa kawasan bersyarat pada zaman pemerintahannya.

Nama-nama seperti Andoni Zubizarreta, Fernando Llorente, Ander Herrera, Gaizka Mendieta, Mikel Oyarzabal, Xabi Alonso, Mikel Arteta dan Mikel Arteta adalah bintang bola sepak yang dilahirkan di Basque Country dan telah mencipta nama bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

Basque tidak diiktiraf sebagai ahli gabungan FIFA dan UEFA dan hanya dibenarkan beraksi dalam perlawanan persahabatan sahaja, namun pemilihan pemain pasukan itu tidak dibuat secara ‘cincai’ apabila syarat utamanya adalah mesti lahir di Basque, namun pemain yang lahir di negara itu dibenarkan bermain untuk Sepanyol.

Perlawanan menentang Uruguay tempoh hari merupakan aksi pertama yang dihadapi pasukan tersebut selepas kali terakhir mereka beraksi kira-kira empat tahun lalu ketika meraih kemenangan 2-1 menewaskan Costa Rica, malah sejak 2013 mereka hanya beraksi dalam empat perlawanan sahaja.

Bagaimanapun, prestasi yang dipamerkan Basque Country tidaklah terlalu teruk apabila meraih 11 kemenangan, lima seri dan menanggung tiga kekalahan dalam 19 perlawanan terakhir mereka, malah pernah menewaskan Bolivia 6-1 pada 2012, Peru juga tunduk 0-6 kepada mereka setahun kemudian selain membenam cabaran Venezuela dan Serbia Montenegro (ketika masih bergabung).

Beberapa organisasi termasuk Kerajaan Basque dan Persatuan Bola Sepak Basque cuba memujuk FIFA dan UEFA untuk menerima mereka sebagai ahi gabungan selepas hasil undian mendapati 63.5 peratus rakyat negara itu bersetuju dengan idea untuk mereka layak bertanding seperti sebuah negara bebas yang lain.

Mereka mengambil contoh Faroe Island yang berpisah menjadi wilayah autonomi daripada Denmark, namum masih diberikan peluang menyertai FIFA dan UEFA sebagai ahli gabungan dan bebas beraksi di pentas tertinggi bola sepak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN