fbpx
WAN ARIFF (kanan ) dibantu anaknya, Wan Harmin (dua dari kanan) melayan pelanggan yang membeli ais di Bazar Ramadan Kota Putera, Besut semalam.

Pengedar ais terpaksa OT, permintaan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berikutan cuaca panas yang melanda negara pada masa ini lebih-lebih lagi sewaktu Ramadan, peniaga ais di beberapa negeri tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan yang me­ningkat sekali ganda berbanding sebelum ini.

Keadaan ini secara tidak langsung memberi rezeki tambahan kepada para peniaga ais.

Di Melaka, pembekal ais bertungkus-lumus mengagihkan lebih 9,000 kilogram (kg) kiub ais dalam sehari ekoran permintaan yang terus meningkat pada musim panas ketika ini.

Pengurus perniagaan Abang Ice, Mohd. Fahmi Mohd. Khalil memberitahu, jumlah itu bagi memenuhi permintaan peniaga di bazar-bazar Ramadan dan premis runcit dan mencatatkan peningkatan sekali ganda berbanding pada awal tahun ini.

“Kami menghantar bekalan ais kiub di empat bazar Ramadan dan premis runcit sekitar daerah Melaka Tengah, malah pernah sampai terputus bekalan
kerana terlalu banyak permintaan.

“Permintaan naik sangat mendadak pada musim panas ini sehingga syarikat saya terpaksa menunggu bekalan dari kilang pada pukul 10 malam sehingga 8 pagi sebelum dihantar kepada pelanggan,” katanya kepada ­Kosmo! di sini semalam.

SEORANG pekerja menyiapkan tempahan ais daripada pelanggan di Melaka semalam.

Dalam pada itu, di Kuala La­ngat, Selangor, cuaca panas menyebabkan jualan ais turut me­ningkat sekali ganda dan habis dalam tempoh dua jam.

Seorang peniaga kedai runcit, Ramli Kijo, 45, berkata, sambutan diterima adalah di luar jangkaan.

Katanya, kebiasaannya dia memesan sebanyak 12kg ais, namun kini mencecah hingga 24kg ais, laku seperti pisang go­reng panas.

“Dalam cuaca panas ketika ini minuman sejuk berais memang menjadi pilihan orang ramai bagi menyegarkan badan dan bekalan ais yang diterima daripada pengeluar habis dalam tempoh dua jam sahaja,” katanya.

Di Besut, Terengganu pula, cuaca panas sepanjang bulan Ramadan sekarang memberi rezeki tambahan buat peniaga apabila lebih satu tan ais dibeli oleh pelanggan setiap hari di Bazar Ramadan Kota Putera di sini.

Wan Ariff Rashiddin, 60, berkata, secara purata 300 paket ais seberat 1kg terjual setiap hari sejak 1 Ramadan lalu.

“Permintaan terhadap ais pada bulan Ramadan ini agak tinggi ekoran cuaca panas dan saya tidak menang tangan me­layan pelanggan.

“Setiap paket seberat 1kg, saya jual pada harga RM1 dan mendapat sambutan pelanggan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN