fbpx
Suasana salji tebal menyerlahkan lagi keindahan bangunan di Russia.

Meneroka khazanah Russia secara solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIBANYA di Russia, saya memutuskan untuk mengunjungi Dataran Merah (Red Square) yang dianggap sebagai pusat bandar Moscow.

Dataran Merah dikelilingi bangunan terkenal seperti Katedral Saint Basil, Makam Lenin, Istana Senat dan gedung serbaneka Glavnyj Universalnyj Magazin (GUM).

Tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak tahun 1990 itu pernah menjadi ‘saksi’ kepada pelbagai peristiwa hitam dalam sejarah Russia.

Selepas Dataran Merah, saya bergerak ke Hotel Ukraina menerusi stesen Metro Kievskaya.

Dari hotel, saya menaiki Radisson Royal Cruise untuk menikmati panorama Moscow selama tiga jam.

Walaupun musim sejuk, namun sungai Moscow tidak beku dan pelayaran berjalan lancar.

Keesokan harinya, saya memutuskan untuk melawat Menara Televisyen Ostankino dengan ketinggian 540 meter dari aras laut.

Struktur bebas tertinggi di Eropah itu menawarkan pemandangan Moscow yang paling indah di dek pemerhatinya.

Tidak jauh dari menara itu terdapat satu lagi tempat popular iaitu Pusat Pameran Aset Ekonomi Negara (VDNH).

Saya juga mengunjungi Muzium Pavilion 34 Cosmos yang menceritakan tentang Yuri Gagarin iaitu lelaki pertama yang terbang ke angkasa.

Saya juga pergi ke Izmailovo Kremlin yang menempatkan Muzium Vodka serta Gereja St. Nicholas yang dibina hanya menggunakan kayu.

 

Seni bina tradisional Russia jelas kelihatan pada Izmailovo Kremlin.

Sementara di Izmailovsky Bazaar, saya makan di restoran India kerana sudah kerinduan makanan pedas Malaysia.

Pada hari seterusnya, saya singgah di masjid utama Moscow iaitu Masjid Katedral serta menunaikan solat maghrib di masjid tersebut.

Saya juga mengambil kesempatan untuk melawat Depo Trivokzala iaitu medan selera yang menawarkan pelbagai hidangan.

Saya menaiki kereta api bawah tanah untuk ke venue perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2018 iaitu stadium Luzhniki.

Di sebelah kiri stadium itu terdapat taman tema air, Akvapark Luzhniki yang masih dibuka walaupun pada musim sejuk. Di belakang stadium berkenaan terdapat kereta kabel yang melintasi Sungai Moskva ke bukit bernama Vorobyovy Gory yang dilengkapi dengan cerun ski.

Seterusnya, saya menghabiskan malam tahun baharu di bandar kecil Konakovo bersama keluarga rakan Russia saya.

Bandar ini terletak berhampiran Sungai Volga yang menawarkan pemandangan alam semula jadi indah.

Selepas cuti tahun baharu, saya menaiki kereta api untuk ke St. Petersburg.

Sewaktu perjalanan, saya berhenti di stesen kereta api Tver untuk melawat monumen Mikhail Tversky.

Di St. Petersburg pula, saya melawat Hermitage, Palace square, Alexander Column, Arc de Triomphe, Katedral St. Isaac dan monumen Nicholas The 1st .

Keesokan harinya, saya melawat Grand Maket yang merupakan miniatur daripada pelbagai bahagian di Russia.

Saya juga mengunjungi Muzium Etnografi Kuntskamera yang memaparkan barangan kuno dari pelbagai negara termasuk Malaysia.

Pada hari seterusnya, saya melawat Kubu Peter & Paul.

Saya beli tiket masuk untuk lapan muzium dengan harga 800 rubel (RM42) tetapi hanya sempat melawat lima daripadanya.

Antaranya adalah Makam Kaisar di Katedral Peter & Paul, Penjara Trubetskoy Bastion, Muzium Sejarah Saint Petersburg serta Muzium Seni Bina dan Seramik.

Setelah berjalan melintasi jambatan Loannovskiy, saya pergi ke masjid Katedral St. Petersburg yang dibuka pada tahun 1913.

Hari seterusnya, saya pergi ke bandar Pushkin untuk mengunjungi Istana Catherine yang masih lagi digunakan oleh Presiden Russia, Vladimir Putin dalam acara rasminya.

Kemudian di Nizhny Novgorod, saya melawat Katedral Putera Alexander

Pada hari terakhir, saya kembali ke Moscow.

Saya melawat Pusat Perniagaan Moscow City dan Arbat Street sebelum pulang ke tanah air pada keesokkan harinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN